1. PKTK adalah usahaniagatani yang dapat memberikan hasil/pendapatan lumayan kepada peserta projek ini dengan bantuan khidmat pengurusan cekap daripada mentor penternak yang berpengalaman.
2. Konsep Projek Kontrak Ternak Kibas ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia oleh SURECO Agro Farm untuk membolehkan individu, syarikat, koperasi, persatuan/kesatuan, dan institusi lain menyertai projek ini; sungguhpun tiada ruang tanah, kandang, kepakaran, masa dan tenaga pengurusan.
3. SURECO Agro Farm menyediakan tapak tanah, kandang, induk kibas, tenaga kerja, makanan, rawatan, khidmat pengurusan dan pemasaran.
|
5 ekor kibas dalam 1 petak |
|
Tapak tanah dan kandang disediakan untuk para peserta PKTK |
4. Peserta projek ini hanya perlu mengeluarkan modal RM5,000 bagi setiap pakej untuk membeli 5 ekor induk kibas betina dan RM30 per bulan bayaran khidmat penjagaan dan pengurusan setiap ekor induk kibas serta RM15 per bulan bagi setiap ekor anak kibas yang lahir.
5. Lima (5) ekor induk kibas betina dan anak-anak kibas yang dilahirkan adalah milik sepenuhnya bagi peserta projek.
11. Pihak SURECO Agro Farm menyediakan infrastruktur selengkapnya demi menjayakan Projek Kontrak Ternak Kibas (PKTK). Di samping itu, terdapat pula rumah penyembelihan (abatoir) berdekatan dengan lokasi projek ini, memudahkan lagi urusan penyembelihan.
|
Rumah penyembelihan (abatoir) |
12. SURECO Agro Farm menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
- Kursus asas dan lanjutan perternakan kibas/kambing.
- Penyediaan kandang kibas/kambing.
- Membekalkan induk betina dan jantan.
- Membekalkan makanan ternakan Ruminan.
- Membekalkan ubat-ubatan ternakan Ruminan.
- Membekalkan benih rumput Napier.
- Memberikan khidmat nasihat.
- Menjalankan Projek Kontrak Ternak Kibas
- Perkhidmatan beli balik hasil ternakan.
- Memasarkan kibas/kambing
13. SURECO Agro Farm bekerjasama dengan
Koperasi Sureco Malaysia Berhad yang dilantik sebagai panel konsultan perternakan kibas/kambing oleh ANGKASA. (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad)
|
Lawatan kerja Koperasi SURECO Malaysia Berhad
( dari kiri: Setiausaha Tuan Haji Afandi, ALK Encik Mohd Jelani,
Pengerusi Tuan Haji Rasyid dan ALK Tuan Haji Mohammad Rozi) |