Thursday, October 21, 2010

Lawatan SD. En.Nasib Atoh dari Sabah

17 Oktober 2010, Lawatan salah seorang SD Sureco dari Kota Belut Sabah, En.Nasib Atoh  sekeluarga  telah datang melawat Kandang Kambing Sureco.





En.Nasip mengusap kepala  seekor kambing



Lawatan Pihak TEKUN Nasional dan Pihak ANGKASA

21 Oktober 2010 Lawatan Kerja Pihak TEKUN Nasional dan ANGKASA  ke ladang Sureco bagi melihat perkembangan projek Kambing yang telah dilaksanakan oleh Sureco sendiri.


 
Lawatan Pihak TEKUN Nasional ke Ladang Kambing Sureco



Lawatan daripada pihak ANGKASA


Pihak SURECO mengucapkan terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional dan ANGKASA kerana sudi melawat Ladang SURECO .

Resepi kari kambing/KIBAS


Masakan Kari Daging Kambing Kibas
Bahan-bahan untuk memasak kari kambing

  • 1 camca besar garam masala
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 cm halia dicincang halus sedikit garam
  • 2 camca kecil serbuk cili
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1/2 camca kecil serbuk buah pala
  • 1 camca besar serbuk jintan kasar
  • 1 camca besar paparika
  • 4 labu bawang besar dihiris nipis
  • 1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
  • 150ml Tairu
  • 2 camca besar tomato puri
  • 1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
  • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
  • 2 biji cili hijau dihiris
  • Minyak Vesawit untuk menggoreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa



Cara memasak:
  1.  Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
  3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Wednesday, October 13, 2010

Info ringkas kambing

Kambing (bahasa Inggeris: goat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

iksan dari : Wikipedia

Projek ternakan Kambing



pose seekor kambing setelah lensa camera merakam gambar ke arahnya