Wednesday, November 24, 2010

PROJEK KONTRAK TERNAKAN KIBAS

1. PKTK adalah usahaniagatani yang dapat memberikan hasil/pendapatan lumayan kepada peserta projek ini dengan bantuan khidmat pengurusan cekap daripada mentor penternak yang berpengalaman.

2. Konsep Projek Kontrak Ternak Kibas ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia oleh SURECO Agro Farm untuk membolehkan individu, syarikat, koperasi, persatuan/kesatuan, dan institusi lain menyertai projek ini; sungguhpun tiada ruang tanah, kandang, kepakaran, masa dan tenaga pengurusan.

3. SURECO Agro Farm menyediakan tapak tanah, kandang, induk kibas, tenaga kerja, makanan, rawatan, khidmat pengurusan dan pemasaran.


SAF menyediakan tapak tanah dan kandang untuk peserta PKTK

5 ekor kibas dalam 1 petak
4. Peserta projek ini hanya perlu mengeluarkan modal RM5,000 bagi setiap pakej untuk membeli 5 ekor induk kibas betina dan bayaran khidmat penjagaan, makanan, ubatan serta pengurusan
  • Setiap ekor induk RM 30.00 sebulan.
  • Setiap ekor anak RM 15.00 sebulan sehingga berusia 6 bulan.

5.  Lima (5) ekor induk kibas betina dan anak-anak kibas yang dilahirkan adalah milik sepenuhnya bagi peserta projek.

6.  Setelah lapan (8) bulan projek berjalan, anak-anak kibas sudah boleh dijual. Kibas berusia satu (1) tahun sesuai untuk aqiqah dan korban.

7.  Peserta projek bebas menjual kibasnya kepada mana-mana pihak atau dijual semula kepada SURECO Agro Farm dengan harga ladang/borong.

8.  Perjanjian antara SURECO Agro Farm dengan peserta projek ini akan dibuat mengikut terma dan syarat.

9.  Kelebihan kibas mudah diternak/dijaga, tidak memilih memakan rumput/daun, kerap membiak, cepat membesar dan antibodi kuat (jarang sakit).

10.   Keistimewaan daging kibas adalah antara 15 jenis makanan berkhasiat tinggi (superfood) disebut dalam Al-Quran. Amalan makan daging kibas dapat menambah kuantiti darah, membaikpulih sistem pencernaan, memanaskan tubuh ketika cuaca dingin, memantapkan sistem tubuh badan dan memperkuatkan daya ingatan.

11.    Pihak SURECO Agro Farm menyediakan infrastruktur selengkapnya demi menjayakan Projek Kontrak Ternak Kibas (PKTK). Di samping itu, terdapat pula rumah penyembelihan (abatoir) berdekatan dengan lokasi projek ini, memudahkan lagi urusan penyembelihan.

Rumah penyembebelihan abatoir
12.  SURECO Agro Farm menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
  •     Kursus asas dan lanjutan perternakan
  •     kibas/kambing.
  •     Penyediaan kandang kibas/kambing.
  •     Membekalkan induk betina dan jantan.
  •     Membekalkan makanan ternakan Ruminan.
  •     Membekalkan ubat-ubatan ternakan Ruminan.
  •     Membekalkan benih rumput Napier.
  •     Memberikan khidmat nasihat.
  •     Menjalankan Projek Kontrak Ternak Kibas
  •     Perkhidmatan beli balik hasil ternakan.
  •     Memasarkan kibas/kambing.
  •     Membekalkan Baja Organik Tinja Kambing dan Baja Cecair Pelbagai Guna TMS SUREXT               (Teknologi Makanan Seimbang Untuk Semua Jenis Tanaman)

 13.  SURECO Agro Farm bekerjasama dengan
Koperasi Sureco Malaysia Berhad yang dilantik sebagai panel konsultan perternakan kibas/kambing oleh ANGKASA. (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad)

  

3 comments: